Saturday, May 23, 2015

Private Retirement Scheme ( PRS) Youth Incentive

Ni serius post sket. Pasal duit.

Ramai tak tau yang kita yang berumur 20-30 tahun boleh claim RM500 daripada kerajaan di bawah program insentif ini. Hanya perlu buka akaun dengan deposit RM1000.

Inisiatif kerajaan ini adalah untuk menggalakkan kita, terutama golongan muda untuk start savings for retirement kerna  kajian menunjukkan rata2 rakyat tak boleh sustain financially during retirement klo takat bergantung kt duit EPF.

On top of the extra RM500, anda juga bole dapat tax relief untuk simpanan sehingga RM3000. OK what??!!

Akaun PRS ni semacamlah EPF. Maknanya tak boleh bawa kluar duit sampailah umur persaraan 55 tahun. Dia juga ada akaun 1 dan 2, yang mana kita boleh kluarkan duit daripada akaun 2. Tapi ada penalti 8% of amaun yang dikeluarkan.

Tau BR1M je, tp tak layak pulak. So kalau layak yang ni, bukalah akaun. Tak rugi pun, nanti jadi duit kita bila bersara.

I dah buat since tahun lepas and dah dapat pun RM500 tu. Terima kasih kerajaan Malaysia! haha :)

Maklumat lanjut boleh tengok kat official PPA website.

PRS Youth incentive, insentif PRS
PRS Youth incentive


Friday, May 22, 2015

Waktu operasi Tabung Haji

Haaa...disebabkan aku pun pening pale cari waktu operasi tabung haji ni..kat website depa pun tak jumpa, so I nak post findings ni kt sini,

So aritu I pegi tabung haji Shah Alam and snap this photo untuk rujukan orang ramai.

waktu operasi tabung haji shah alam
Waktu operasi tabung haji Shah Alam

waktu operasi tabung haji shah alam
Waktu operasi Tabung Haji Shah Alam. Sabtu pun buka!
Terima kasih juga kat encik 'KelasQuran' sebab ada post kat page dia. Boleh check juga timing kaunter Tabung haji branch lain kt sini. 


Thursday, May 21, 2015

Nasi Lemak Kak Zue

Ni lah nasi lemak favourite kitaorang (hubby and me!). Rutin pagi sabtu memang kena pekena nasi lemak Kak Zue ni. 

Nasi lemak kak Zue yang bestnye sambal (of course!) and for me, I loooove the paru. Crispy and sweet. Klo lama tak makan macam gian skit pun ada. Tp baru-baru ni gi rumah BFF I dia serve paru sambal yang boleh tahan hebat juga. serius y tu pun sedap standard makan depan TV xsedar tau tau dah obes haha! (Yg tu update post lain lah). Hubby I pulak suka dia punya ayam rendang. 

So bagi yang tinggal sekitar Shah Alam boleh lah consider nasi lemak kak Zue ni. 

Gerai dia buka betul2 depan Tadika Zara yang bertentangan dengan kilang gula CSR. 

nasi lemak sedap
Ni Tadika Zara. Gerai kak Zue betul2 depan ni. 

Gerai nasi lemak kak Zue.
Tp K.Zue tersorok blakang hubby dia

Ghupe nasi lemak paru favourite I.
Hoooii...tetiba rasa lapa pulak!

Wednesday, May 20, 2015

Special parking for mums with kids at The Curve

OK... ni suratkhabar lama la (cite lama) tapi nak post gak mana tau ramai tak tau hihi.

Ade la dlm 2 bln lepas I pegi sopping kt The Curve and perasan yang depa ni dah buatkan parking khas untuk mak yang bawa budak2 kecik. HAA! Macam tau tau je target mak-mak yang dah nak gila perap kat rumah ni gian nak gi shopping sampai hangkut je anak2 sume. MACAMLAH I.

Serius I sangat kagum dengan arrangement The Curve ni. Parking ni siap ada special guard yang jaga and klo sopping banyak barang tak larat nak hangkut ke kereta ada buggy bole hantarkan. Haa..nampak kan permainan The Curve ni? Nak bagi kita takde alasan nak shopping!

the curve parking
Parking special tersebut di tanda dengan tiang2 sebegini

Perlu melalui boomgate and pak guard akan pastikan
visitor mematuhi requirement nk parking tempat khas ni
So ape lagi? Jom shopping! :)


Kaiser's 1st birthday

Hari ni nak share pasal Kaiser's 1st birthday aritu.
Nak cakap siang2 ye... memang birthday on a budget eh so xdela grand mana pun but Alhamdulillah with the right help it was a good event. I think and I hope everyone had fun and perut kenyang hihi!

So tema yang di pilih adalah SUPERBABY!

Kenapa superbaby? pasalnye kebetulan Kaiser ada baju Superbaby yg Nana dia beli kt Mekah masa g haji haritu. 

So apa y I prepare:

1) Makan - Kacang phool, laksa johor, Air jambu, air kosong, aiskrem, grapes, nugget cheese, pancakes n maple syrup. Yg tetibe ada org sponsor on that day - Profiteroles (ni mcm cream puff tp ada tambah choc kt atas dia. Sedap giler!), nutella brownie. 
1st birthday meal
Gambar drinks and dessert line. Main meal line lupa amek gamba boleh? Pfft!
1st birthday cake superbaby
Birthday kek ikut tema Superbaby. Serius comel sayang nak makan!

 2) Invitation - ni send via Whatsapp je. Konon private la padahal budget so xle invite ramai2 haha

3) Deco - Banner, Balloons, ribbons, TQ stickers, Menu board, Direction board (tu je sempat huahua).
DIY thank you stickers
DIY Thank you stickers. Print on photo paper pstu lekat kt goodies. 
DIY birthday banner
DIY Birthday banner
Menu board

DIY Direction board
Direction board


4) Goodies untuk budak2 - Playdo Daiso. Beli kt Daiso kerna terlalu la comel pastu boleh main dengan Playdough tools Ayra.
Daiso playdough
Goodies for kids - Playdough beli kt Daiso

5) Goodies untuk mak bapak nenek atuk budak - Pulut kuning moden. Ni Nana and her friend Sofia yang buat. Serius unik and cantik!
Pulut kuning special
Adult goodies - pulut kuning w telo n serunding.
Packed in IKEA container and wrapped with bookmark from Istanbul. 

pulut kuning special
Dalam container. Pulut kuning bentuk star and telo bentuk ros. 

Bajetnyer seperti ini. Total dalam RM1k gk la:
Bajet birthday budget Kaiser 1st
Bajet 1st birthday Kaiser

So diharap sape2 yg nk buat tema superbaby bole la dapat ilham drp post ni :)

Gambar lain sekitar birthday sempoi Kaiser tersebut...

Bersama kawan2 skolah

After party terjun pool

Org kuat di belakang tabir